CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, April 26, 2009

Nota kuliah 1

Maksud Kajian Tindakan


Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.


Tujuan Kajian Tindakan


Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk menambahbaikan atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ianya melibatkan proses merancang, melaksana,memerhati dan mereflek.


Jenis-jenis Kajian Tindakan


1. Kajian Tindakan Oleh Guru Secara Individu


Kajain tindakan oleh guru secara individu biasanya memberi perhatian kepada perubahan-perubahan dalam sesebuah kelas misalnya guru tersebut dapat menyelesaikan masalah mengenai pengurusan bilik darjah, strategi-strategi pengajaran atau bahan-bahan pengajaran, tingkah laku kognitif atau sosial pelajar-pelajar.


2. Kajian Tindakan Kolaboratif


Kajian ini bergantung kepada bilangan guru-guru yang terlibat. Kajian ini boleh menumpukan mengenai masalah dan perubahan-perubahan dalam sesuatu bilik darjah atau pada satu masalah berlaku dalam beberapa bilik-bilik darjah.pasukan penyelidikan mungkin terdiri daripada beberapa orang guru sama ada dua orang atau lebih iaitu guru-guru dalam bidang yang sama, guru-guru dalam pelbagai subjek dan guru-guru dalam pihak luar seperti pensyarah universiti.


3. Kajian Tindakan Peringkat Sekolah (organisasi)


Fokus kepada satu isu yang sama diperingkat sekolah. Contohnya untuk meningkatkan keaktifan ibu bapa dalam PIBG.


4. Kajian Tindakan Peringkat Daerah


Contoh Kajian Tindakan


Seorang guru sekolah menghadapi masalah kawalan kelas. Beliau merakamkan seluruh proses pengajaran dalam kelas dan mendapati bahawa beliau sendiri merupakan sebahagian daripada punca masalah disiplin kerana terlalu banyak membincangkan perkara-perkara yang kurang diminati pelajarnya. Guru tersebut kemudian melakukan kajian tindakan seterusnya dengan menggunakan beberapa teknik mengajar yang paling sesuai digunakannya untuk mengenalpasti teknik mengajar yang paling sesuai digunakannya untuk mengurangkan masalah disiplin pelajarnya dalam kelas. Akhirnya guru tersebut mendapati bahawa disiplin pelajarnya dalam kelas telah bertambah baik.




0 comments: