CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 31, 2009

Kuliah-6

Aktiviti 1

Kami diminta mengeluarkan sehelai kertas bersaiz A4 dan menjawab soalan-soalan yang berikut:

  • Nama
  • No. Matrik
  • Program
  • Status Diri
  • Alamat
  • Kenapa anda menjadi guru?
  • Siapa dia guru yang paling ada suka dan berikan sebab?
  • Siapa dia guru yang paling anda benci serta berikan sebab?
  • Apakah Tugas guru?
  • Lukis gambar pokok dan selepas diminta untuk tandatangan serta menulis tarikh kelahiran



Aktiviti 2

Ahli Kumpulan:

Halina bt Yusuf (P48583)
Nurul Huda bt Mohd Rejab (P48657)


t

Kami diminta bekerja secara berpasangan untuk membincangkan satu topik yang berkaitan dengan kajian tindakan semasa Seminar Pendidikan Serantau yang lalu. Kemudian beberapa kumpulan dipanggil untuk membentangkan di hadapan rakan-rakan yang lain berdasarkan point yang dikehendaki di bawah ini.

  • Kenapa
  • Apa
  • Bagaimana
  • Prosedur


TAJUK : PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA.
SESI SELARI : SESI SELARI 2C (PETANG)

TEMPAT : SRI MENANTI

PEMBENTANG : DR. JAMALUDDIN BADUSAH
PENGERUSI : DR. MOHD ARIF ISMAIL



Kenapa?

Kajian ini dibuat kerana ingin mengakji sejauh mana kesediaan dan pola penggunaan pelajar untuk menggunakan telefon bimbit bagi tujuan Pembelajaran (M-Learning).


Apa ?

Secara keseluruhannya, ramai pelajar memiliki telefon bimbit.
Penggunaan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran belum lagi dicapai tetapi pelajar lebih gemar menggunakan kemudahan telefon bimbit seperti call register, ringtone, radio, MMS dan sebagainya. Mereka kurang menggunakan telefon bimbit ini untuk melayari internet, email atau belajar secara M-Learning.


Bagaimana?

Seramai 1460 orang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dijadikan responden yang dipilih secara rawak.
Mereka telah diedarkan borang soal selidik bagi melihat kesediaan dan pola penggunaan pelajar IPTS menggunakan telefon bimbit bagi tujuan pembelajaran.
Tetapi hasil yang didapati bahawa pelajar belum menggunakan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran.


Prosedur Kajian

Untuk mengenal pasti sama ada pelajar IPTS menggunakan telefon bimbit untuk tujuan M-Learning.
Pemerhatian penyelidik terhadap penggunaan telefon bimbit adalah melalui borang soal selidik.

Monday, May 25, 2009

Ulasan Buku Action Research

Nama pengarang : Claire Taylor, Min Wilkie & Judith Baser
Tahun terbitan : 2006
Tajuk buku : Doing Action Research: a guide for school support staff
Negara penerbit : London
Nama penerbit : Paul Chapman Publishing.


KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan ialah satu alat yang berkuasa untuk mengubah dan memperbaiki di peringkat tempatan (Cohen et al, 2000). Manakala Gray 2004 mengatakan bahawa pada dasarnya kajian tindakan adalah praktikal, berkitar dan menyelesaikan masalah di alam semula jadi dan juga kajian dilihat sebagai satu jalan yang utama untuk menghasilkan perubahan. Menurut Gray juga orang yang selalu membuat kajian tindakan adalah professional, mereka menggunakan kaedah kajian tindakan sebagai satu cara kajian untuk mengubah amalan atau latihan profesional mereka.

Secara keseluruhannya, kajian tindakan ialah proses penambahbaikan yang dilakukan oleh pendidik di dalam bilik darjah untuk mempertingkatkan pemahaman pengetahuan pembelajaran dan pengajaran bilik darjah, mengubah kaedah pengajaran serta mengubah keadaan sesuatu amalan bilik darjah.


GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN KERANA:

1. Untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.

2. Untuk menghasilkan teori baru.

3. Untuk memudahkan kemajuan kemahiran-kemahiran berfikir bagi orang yang
mahir atau penyelidik.


REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Model : Model Kitaran Kajian Tindakan Lewin

Buku ini menerangkan tentang model yang digunakan untuk menjalankan kajian tindakan ialah kitaran yang dibangunkan oleh Lewin (1946, in Cohen et.al 2000). Antara kitaran yang digunakan oleh Lewin ialah :

• Merancang
• Bertindak
• Memerhati
• Merefleksi







MERANCANG





BERTINDAK






MEMERHATI






MEREFLEKSI




























KITARAN KAJIAN TINDAKAN

Merancang

Bermula dengan sebarang kajian selalu menjadi tahap atau peringkat yang sukar untuk dilakukan. Kunci kejayaan dalam melakukan permulaan yang positif adalah memberi tumpuan yang betul, dan di sekolah merupakan tempat atau bahagian yang mungkin menjadi bahan kajian tindakan yang berguna. Untuk Tas yang digunakan dalam kajian tindakan ia adalah penting yang mana tempat atau kawasan yang dikenalpasti untuk diperbaiki atau dipertingkatkan adalah satu bahagian di mana mereka boleh berubah dan merasa dimotivasi untuk melakukan perubahan tersebut. Kita mesti yakin bahawa masuk kepada sumber dan penyertaan yang relevan dan mempunyai idea untuk menyelesaikan masalah. Perancangan tindakan perlu dibuat dengan rapi supaya tindakan yang dilakukan di dalam kajian memberi kesan, iaitu dapat mengubah tingkah laku sosial semasa.

Senarai Semak untuk Memilih Tumpuan Kajian Tindakan

Jika kita terlibat dalam kajian tindakan kita merupakan pusat untuk berjaya dalam kajian ini. Terutamanya kita mampu untuk berubah, jadi projek itu mesti di bahagian yang anda boleh mendapat data atau akses dan bekerja. Berikut merupakan soalan penegasan atau penekanan yang boleh anda ambil.

1. Apa yang saya lihat sebagai masalah?

2. Apakah bukti atau keterangan yang boleh saya kumpul untuk menunjukan yang itu adalah satu masalah?

3. Apakah yang saya lihat sebagai kemungkinan penyelesaian masalah?

4. Bagaimana saya boleh terus atau penyelesaikan masalah?

5. Bagaimana saya dapat menilai hasilnya?

6. Apakah tindakan yang mesti saya ambil?

Tindakan, Pemerhatian, Tinjauan dan Refleksi

Bahagian ini dapat dilihat bagaimana kitaran keseluruhan kajian tindakan yang mungkin memberi kesan di dalam latihan. Apabila fokus atau pemerhatian kajian telah dibina, tahap seterusnya ialah membuat keputusan apakah jenis tindakan untuk dimulakan dan bagaimana data yang menhubungkan kepada tindakan-tindakan tersebut. Pengumpulan data sebagai contoh, mungkin melibatkan beberapa alat seperti temubual, pemerhatian, rakaman video dan analisis dokumen. Kunci utama dalam pemilihan alat-alat pengumpulan data ialah mesti sesuai dengan tujuan.

Tambahan lagi, mengkaji etika apabila melaksanakan projek kajian terutamanya apabila mengumpul data yang mungkin dikhususkan kepada penyertaan individu. Apabila kita telah bina pemerhatian kajian dan mula mempertimbangkan kaedah-kaedah pengumpulan data maka pada tahap ini kita dinasihatkan menulis sedikit cadangan kajian merangkumi rancangan masa kajian.


Pada peringkat perancangan perlulah menghindari perasaan bimbang. Cadangan perlulah meliputi:

Isi : tetapan dan panduan anda

Rasional : mengapa bahagian ini perlu dikaji

Rujukan

Cadangan kajian, kaedah-kaedah, praktikal, etika, idea kemungkinan dihasilkan

Rancanagan tindakan

Sampel / Participants

Persampelan merupakan strategi penyelidikan bilamana penyelidik boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang diambil melalui persampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji. Perwakilan ini dinamakan sampel. Biasanya sampel yang diambil di sekolah ialah pelajar sekolah.

Setting Kajian

Buku ini tidak menjelaskan setting kajian yang tepat yang digunakan dalam kajian tindakan tetapi hanya menyatakan untuk melakukan kajian tersebut perlulah di lihat kepada tempat yang sesuai untuk melakukan kajian tindakan.



PROSIDUR PENYELIDIKAN TINDAKAN

Cohen dan Manion (1994) mengutarakan lapan prosidur dalam proses kajian tindakan:

1. Mengenalpasti masalah

2. Menyediakan draf tindakan berdasarkan kepada perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat

3. Membuat tinjauan literature mengenai masalah yang dikaji

4. Membuat penyataan masalah atau hipotesis kajian

5. Memilih metodologi serta langkah-langkah kajian

6. Memilih prosedur-prosedur penilaian

7. Mengumpul data, membuat analisa serta memberi maklumbalas

8. Menginterpritasi data, membuat implikasi dan menilai


KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Banyak faktor yang mempengaruhi kaedah pengumpulan data. Aspek utama untuk membuat pertimbangan ialah kesesuaian maksud. Ia sangat praktikal dan mempertimbangkan etika tentang kaedah yang hendak digunakan. Ia meliputi masa, kos dan masalah mengakses. Tambahan pula ia penting untuk mentaksir takat tertentu untuk membentuk pengumpulan data adalah boleh dipercayai dan sahih.


Teknik Pengumpulan Data

1. Pemerhatian

Pemerhatian bukan hanya soal melihat terhadap sesuatu dan kemudian mencatatkan fakta-fakta itu. Pemerhatian merupakan kombinasi yang kompleks (penglihatan, bunyi, sentuhan, bau dan rasa) dan persepsi. Pemerhatian adalah lebih daripada hanya sekadar melihat. Ia adalah sistematik hampir kepada pandangan tindakan, merakam atau merekod tindakan-tindakan tersebut dan yang paling penting adalah menganalisis dan mentafsir apa yang telah dilihat. Ia merupakan elemen yang terakhir yang boleh menyebabkan kesukaran. Sebarang penafsiran kepada sesuatu situasi akan dipengaruhi oleh seseorang yang melakukan penafsiran dan analisis. Ini mungkin membawa kepada kesubjektifan dan bias kepada pengumpulan data. Dengan kata lain, ia adalah bahaya yang kita akan ‘lihat’ apa yang hendak kita lihat dan mentafsir apa yang kita lihat berdasarkan kepada kecenderungan kita, persepsi dan pengalaman lalu.

2. Spektrum pemerhatian (the observation spectrum)

Alat pengumpulan data selalu berada dalam lingkungan spektrum, meliputi kuantitatif yang lebih terbuka dan interpretivist dalam persekitaran.

3. Menggunakan jadual pemerhatian

Jadual pemerhatian dapat membantu pemerhatian dan analisis walaupun kita perlu mempertimbangkan persoalan utama kita tentang “apakah maklumat yang cuba kita ambil?” cara pemerhatian yang di rekod ialah perkara keutamaan diri. Kita mungkin menggunakan graf, carta, diagram atau kombinasi elemen-elemen yang berbeza.

4. Diari, jurnal dan catatan

Berguna untuk merekod pemerhatian, petunjuk utama dalam proses kajian, peristiwa-peristiwa penting atau perasaan kita mengenai kajian tersebut dan haluan yang perlu diambil

5. Sumber dokumentari

Kebanyakan projek pendidikan memerlukan penganalisaan keterangan dokumentari. Jenis keterangan yang biasa diperlukan untuk kajian tindakan berasaskan sekolah akan menjadi sebahagian besar catatan sebagai sumber cetak.

Instrumen Kajian

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat. Penyelidikan perlu menyediakan alat ukur yang sesuai dengan objektif sesuatu kajian. Di bawah merupakan contoh alat untuk pengumpulan data:

1. Soal selidik

Borang soal selidik mengandungi satu set soalan yang menyoal responden untuk dijawab dalam satu susunan yang ditentukan terlebih dahulu. Ia merupakan salah satu alat pengumpulan data yang paling disukai, dan selalu disalah ertikan bahawa ia mudah dibentuk dan disampaikan. Tetapi menurut Bell (1999) ia adalah sukar untuk menghasilkan soal selidik yang bagus dari apa yang dibayangkan. Soal selidik perlulah dibuat dengan jelas dari segi penerangan tentang kajian, objektif kajian, ayat-ayat yang jelas, persembahan yang menarik dan sebagainya.

2. Jenis-jenis soalan

Soalan terbuka tidak mempunyai jawapan tertentu dan jawapan yang meluas. Ia selalu dimulai dengan perkataan seperti ‘apa’, ‘di mana’, ‘kenapa’, ‘bila’ dan ‘bagaimana’. Soalan terbuka dapat menghasilkan data yang lebih terperinci tetapi ia sukar untuk dianalisis. Manakala soalan tertutup pula akan mendapat jawapan sperti ‘ya’, ‘tidak’, betul’ dan ‘salah’. Jawapan tersebut adalah terbatas seperti soalan aneka pilihan. Namun begitu ia mudah dianalisis.

3. Temubual

Temubual adalah lebih fleksibel bernbanding soal selidik, ia memberikan idea dan menyiasat respon, ia berpontensi untuk memberi maklumat yang lebih terperinci berbanding bentuk-bentuk pengumpulan data yang lain. Dalam pemerhatian, temubual mungkin lebih berstruktur atau semi struktur. Kita perlu menyediakan soalan yang hendak ditanya atau hanya segera mempunyai senarai yang kita henddak terokai.

4. Temubual Pelajar

Prinsip yang sama seperti di atas tetapi ia lebih mencabar untuk mengungkap persolan dalam cara yang betul dalam bahasa yang sesuai dengan umur.

5. Temubual berkumpulan

Ia berguna untuk menjimatkan masa dengan berusaha suasana sekolah yang sibuk sama adalah hendak menemu bual kanak-kanak atau orang orang dewasa. Walaupun begitu, apabila satu kumpulan dibentuk, jawapan mungkin dipengaruhi oleh kesesuaian latihan. Dan mesti dipertimbangkan untuk sebarang peranalisaan data. Dari sudut yang positif, temubual berkumpullan dapat membina banyak perbincangan dan menghasilkan respon yang meluas berbanding temubual secara individu.

6. Menggunakan peralatan audio-visual

Fotografi dan perakam audio boleh digunakan untuk mengambil keterangan atau bukti-bukti apabila mengumpul data. Perakam audio digunakan dalam penyediaan rakaman, temubual formal atau komunikasi tidak formal dengan individu atau kumpulan secara terperinci.


PENGANALISIS DATA

Menurut brown and Dowling analisis data adalah tahap mengakibatkan kebimbangan besar dan sedikit kemungkinan tahap untuk jadi eksplisit atau nyata. Satu pertimbangan melalui data quantitatif akan memandang kajian kompleks secara saksama daripada analisis statistik. Blaxter percaya bahawa jarang untuk mencari data yang sebenar-benarnya qualitative atau quantitative. Empat aktiviti yang perlu dianalisis iaitu:

• nama

• kumpulan

• hubungan

• paparan.

Penulis buku ini bercadang untuk mempertimbangkan aktiviti-aktiviti tersebut untuk menjelaskan bagaimana untuk membuat analisis projek kajian yang berskala kecil dengan berkesan, semua penyelidik perlu menimbangkan kepentingan, generalisability, kebolehpercayaan dan kesahan.

Mempamerkan data (displaying data)

Banyak cara untuk mempamerkan data bertujuan untuk membantu pentaksiran. Persembahan paparan visual bembenarkan carian pembaca untuk membentuk idea yang samar dengan lebih berkesan dari membaca hasilnya. Apabila memutuskan bagaimana untuk mempamerkan keputusan analisis adalah idea yang bagus untuk menyiasat kaedah yang dipilih kita sebelum menentukan untuk menggunanya.


ETIKA KAJIAN TINDAKAN

1. Memaklumkkan tempat kerja kita tentang tujuan kajian kita.

2. Memperolehi keizinan atau persetujuan dari sesiapa yang akan terlibat

3. Pertimbangkan kegunaan panduan etika untuk kajian: sebagai contoh: British Educational Research Association ( BERA)


KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN

Kebolehpercayaan kajian

Kebolehpercayaan ialah takat di mana satu ujian atau prosedur menghasilkan kesan yang serupa pada semua keadaan dan waktu. Dengan kata lain, kaedah pengumpulan data adalah boleh dipercayai, kita akan mengharapkan ia memberikan kesan yang serupa sama ada telah disukat hari ini, semalam atau esok.

Kesahan kajian

Kesahan lebih komplek sedikit daripada kebolehpercayaan sama ada dari segi alat pengumpulan data yang benar tujuan atau langkah-langkah mengambil data adalah benar.


PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI

Buku ini mengandungi enam bab iaitu mengenai pengenalan kajian tindakan, membuat kajian tindakan dan tinjauan, mengumpulan data, analisis data, menulis laporan dan menceritakan tentang faedah daripada kajian tindakan. Dalam membuat ulasan buku ini, saya hanya memfokuskan kepada perkara-perkara yang dikehendaki oleh Dr.Siti Fatimah bt Yassin.

Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan kepada guru-guru yang ingin membuat kajian tindakan. Ia mengandungi teknik pengumpulan data dan penganalisisan data yang lengkap serta cara bagaimana untuk melakukan kajian kepustakaan dan tinjauan. Selain itu, buku ini juga mempunyai cara menulis laporan yang betul. Manakala kelemahan buku ini pula ia tidak mengandungi maklumat yang lengkap berkenaan dengan prosedur kajian tindakan. Ia hanya menyebut secara tidak langsung sahaja.

Saturday, May 23, 2009

Ulasan dan Analisis Artikel Jurnal kajian tindakan


TAJUK:



JURNAL 1:

Penyesuaian pengajaran untuk pelajar-pelajar masalah pembelajaran: satu projek kajian tindakan.

Oleh: Bentley Parker



JURNAL 2:


Satu Penerokaan Kajian Tindakan Dalam Penyepaduan Pemilihan Pelajar dan Aktiviti Kesenian Dalam Kelas Tahun 6 Pengajian Sosial.

Oleh: Courtney Kosky, West Virginia University Reagan Curtis, West Virginia University)



JURNAL 3:


Satu projek kajian tindakan: Perspektif pelajar pada pembelajaran kumpulan kecil dalam kimia

Satu projek kajian tindakan: Perspektif pelajar pada pembelajaran kumpulan kecil dalam kimia

Oleh: Marcy Hamby Towns, Kelley Kreke, Amanda Fields



TUJUAN KAJIAN :



JURNAL 1:


Untuk menentukan strategi-strategi pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru-guru kepada pelajar-pelajar .



JURNAL 2:


Penyelidik menerokai bagaimana menyepadukan seni dalam pendidikan sains sosial boleh meningkatkan peyertaan pelajar dan motivasi serta kesan pencapaian pelajar melalui peningkatan motivasi dan penyertaan. Matlamat utama projek ini adalah untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam pengajian mereka dengan menggunakan pelbagai kaedah dengan menggabungkan teori Multiple Multiple Intelligence.



JURNAL: 3


Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pelbagai kemahiran melalui pembelajaran berkumpulan kecil dan memudahkan pemahaman yang lebih banyak. Matlamat kajian ini adalah untuk melibatkan diri pelajar dalam pembelajaran berkumpulan kecil, untuk mencari bagaimana aktiviti-aktiviti itu boleh memperbaiki melalui cadangan-cadangan pelajar, dan untuk mempelajari bagaimana tanggapan pelajar itu ke atas pembelajaran berkumpulan kecil.




SAMPEL:

JURNAL:1


Enam orang guru.



JURNAL:2


Kelas pengajian sosial tahap enam( kerjasama dengan Program Pendidikan Guru tahun 5).



JURNAL:3


- Mahasiswa-mahasiswa semester pertama fizik kimia


- 32 orang pelajar (17 wanita dan 15 lelaki)


- 25 pelajar dalam bidang sains manakala 7 pelajar dalam bidang kimia



SETTING:


JURNAL:1


Sekolah pertengahan di persekitaran Subbandar



JURNAL:2


- kelas


- sekolah



JURNAL:3


Sebuah Universiti besar di Amerika Syarikat Midwestern.



PROSUDER:


JURNAL:1


- Mengenalpasti masalah melalui pertanyaan 5 soalan (soal selidik) kepada guru mengenai pengalaman, pengetahuan, dan strategi pengajaran dalam kelas-kelas mereka.


- Pengumpulan data melalui jawapan pertanyaan daripada guru-guru.

- Merancang 2 strategi pengajaran iaitu KWL yang telah dicipta oleh Ogle (1986), dan satu jaringan biasa (web simple). kedua-dua kaedah ini digunakan bagi membina kemahiran-kemahiran organisasi.


- Bertindak melaksanakan pengajaran kepada guru-guru tersebut tentang strategi pengajaran tersebut.


- Guru-guru itu menjalankan 2 strategi itu kepada pelajar selama tempoh 4 minggu.


- Mengumpulkan data


- Menganalisis data


- Refleksi



JURNAL:2


- Mengenalpasti masalah bahawa pelajar-pelajar tahap enam tidak selalu melihat kepentingan sains sosial kerana guru menumpukan kepada matematik dan kebolehan membaca dan menulis.


- Merancang untuk menyepadukan Arts dalam pendidikan sains social bagi meningkatkan penyertaan pelajar dan motivasi serta pencapaian mereka melalui motivasi da penyertaan mereka.


- Bertindak melaksanakan kaedah tersebut.


- Mengumpul data.


- Menganalisis data.


- Refleksi dan menilai hasil dapatan sama ada berjaya ataupun tidak.



JURNAL:3


- Mengenalpasti masalah iaitu Negara mengadakan reformasi dalam sains, matematik, kejuruteraan, dan teknologi (SME&T) dan diseru supaya memberi penekanan dan tumpuan daripada pengajaran kepada pembelajaran.


- Perancangan iaitu mengadakan aktiviti-aktiviti pembelajaran secara kumpulan kecil yang membangunkan kemahiran-kemahiran untuk komunikasi, kerja berpasukan, pemikiran kritis, dan pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu ia juga merupakan kaedah mempertingkatkan pencapaian, menarik dan mengekalkan wanita dalam (SME&T) mengkhusus, dan membangun "kemahiran hidup profesional".


- Pelaksanaan iaitu setiap kumpulan kecil melaksanakan pembelajaran yang berbeza-beza. Sama ada kumpulan-kumpulan itu menyelesaikan masalah-masalah, menjalankan makmal-makmal terbuka, memberi persembahan-persembahan, atau menyediakan untuk kuiz atau peperiksaan, membincangkan maklumat dalam satu kumpulan memerlukan penuntut menjadi lebih aktif dalam pengajian mereka.


- Pengumpulan data


- Pemerhatian


- Penganalisian Data


- Refleksi



PENGUMPULAN DATA:



JURNAL: 1


- Penyelidik memberikan soal selidik iaitu 5 soalan kepada guru-guru tersebut berkenaan pengalaman, pengetahuan dan strategi yang digunakan di dalam kelas mereka


- Selepas mengumpul data melalui soal selidik tadi, penyelidik bertindak dengan mengajar guru-guru tersebut dua strategi pembelajaran khusus: KWL yang telah dicipta oleh Ogle (1986), dan satu jaringan biasa (web simple), kedua-dua digunakan bagi membina kemahiran-kemahiran organisasi.


- Kemudian penyelidik membuat tinjauan lanjutan yang mengkaji pemahaman mereka menggunakan strategi-strategi pembelajaran khusus dalam bilik darjah dan kepercayaan mengenai keberkesanan strategi-strategi ini semasa mengajar pelajar masalah pembelajaran.



JURNAL: 2


- Pemerhatian dari permulaan penyertaan pelajar dalam kelas dengan menggunakan pelbagai kaedah dengan menggabungkan Teori Multiple Intelligence.


- Simpan jurnal refleksi pengajaran untuk merekod artau merakam komunikasi-komunikasi tersebut termasuk mencatat nota atau catatan harian bagaimana Sesuatu aktiviti itu di jalankan dan sekiranya terdapat sebarang pengubahsuaian yang perlu diibuat untuk pelajaran masa hadapan.


- Mencatat tahap penyertaan pelajar pada setiap pelajaran dan aktiviti.


- Memberi penilaian Multiple Intelligen tidak formal secara atas talian kepada pelajar pada permulaan kajian untuk mendalami minat pelajar dan kekuatan pelajar.


- Hasil daripada penilaian Multiple Intelligen digunakann sebagai panduan untuk mencipta rancangan pelajaran dan plan-plan pembelajaran


- Kaji selidik mengenai sikap pelajar dari mula hingga berakhirnya projek kajian tindakan.


- Meminta pelajar memberi respon terhadap pengajaran selepas selesai sesi pengajaran dengan memberikan kadar skala 1 hingga 10.


- Pelajar memberi maklum balas secara bertulis mengenai teknik pengajaran yang digunakan oleh guru atau kegiatan aktiviti yang dijalankan dalam pembelajaran sama ada mereka berminat ataupun tidak.



JURNAL: 3


- Nota-nota lapangan dan jawapan-jawapan pelajar-pelajar untuk satu soal selidik terbuka termasuk data untuk kajian ini.


- Pemerhatian-pemerhatian bilik darjah dan perbualan -perbualan tidak rasmi antara pelajar dan profesor di luar kelas telah direkodkan sebagai nota-nota lapangan dengan tujuan menghuraikan peristiwa-peristiwa yang mengambil tempat semasa aktiviti-aktiviti pembelajaran kumpulan kecil.


- Di akhir semester satu soal selidik diberi kepada 30 daripada 31 orang pelajar.



PENGANALISIAN DATA:


JURNAL:1


- Penyelidik menanalisis data melalui soal selidik yang diberi iaitu melalui kaedah kualitatif.


- Penyelidik menanalisis data melalui jawapan-jawapan yang diberi oleh guru mengikut kadar purata.



JURNAL: 2


- Analisis data adalah proses berterusan sepanjang kajian dijalankan.


- Reaksi guru mengikut pengumpulan data yang dikumpul dan merancang pengajaran seterusnya.


- Analisis daripada komen-komen pelajar terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah.


- Seandainya pelajar minat terhadap sesuatu kegiatan yang dijalankan oleh guru maka kegiatan atau aktiviti tersebut tidak akan disingkirkan.

- Menggunakan kaedah kualitatif.



JURNAL : 3


- Analisis data menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.


- Menganalisis soal selidik dengan menggunakan skema pengekodan terbuka.


- mewujudkan satu transkrip yang mengumpulkan data daripada soalan.


- Membaca transkip


- Selepas merekod transkip, penyelidik bertemu dan berbincang secara rasional tentang pengekodan skema individu dan membangunkan satu usaha sama pengekodan skema.


- Kemudian menganalisis semula data secara individu dan membina kategori kod kumpulan.


- Nota-nota lapangan penyelidik guna sebagai sokongan atau bukti yang sah.


- Perbincangan berperingkat untuk membantu membentuk satu keputusan.



HASIL KAJIAN:


JURNAL: 1


Kajian tindakan ini telah berjaya dilaksanakan oleh guru dalam pengubahan kaedah mengajar dengan menggunakan kaedah KWL dan web simple. Terdapat guru mendapati pelajar mereka dapat mengikuti kaedah ini dengan baik sekali. Pelajar merasakan kaedah yang digunakan ini memudahkan mereka mengingat dan dapat menyelesaikan masalah dengan baik.



JURNAL: 2

Kajian tindakan ini telah berjaya kerana penyertaan pelajar amat tinggi, mereka seronok melibatkan diri dalam bilik darjah, dapat memotivasikan diri, sedia berbincang dan bertanya soalan dan sebagainya.



JURNAL: 3


- Aktiviti-aktiviti pembelajaran kumpulan kecil telah membuktikan bahawa mereka telah mendapat yang hasil positif seperti pencapaian tinggi, bertambah sikap positif terhadap bidang subjek yang mereka belajar, harga diri yang lebih tinggi, dapat menerima perbezaan antara rakan sebaya, ketabahan tinggi,ingatan yang kuat dan meningkatkan konsepsi dalam bidang pendidikan.


- Pelajar merasakan aktiviti ini dapat membangunkan perasaan bermasyarakat dalam bilik darjah, saling bantu-membantu untuk lebih memahami iaitu seorang pelajar yang pandai membantu seorang pelajar yang lemah, perkongsian dalam penyelesaian masalah dan sentiasa berada dalam satu matlamat iaitu sama-sama memperolehi kefahaman yang tinggi di dalam satu kumpulan.