CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, May 25, 2009

Ulasan Buku Action Research

Nama pengarang : Claire Taylor, Min Wilkie & Judith Baser
Tahun terbitan : 2006
Tajuk buku : Doing Action Research: a guide for school support staff
Negara penerbit : London
Nama penerbit : Paul Chapman Publishing.


KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan ialah satu alat yang berkuasa untuk mengubah dan memperbaiki di peringkat tempatan (Cohen et al, 2000). Manakala Gray 2004 mengatakan bahawa pada dasarnya kajian tindakan adalah praktikal, berkitar dan menyelesaikan masalah di alam semula jadi dan juga kajian dilihat sebagai satu jalan yang utama untuk menghasilkan perubahan. Menurut Gray juga orang yang selalu membuat kajian tindakan adalah professional, mereka menggunakan kaedah kajian tindakan sebagai satu cara kajian untuk mengubah amalan atau latihan profesional mereka.

Secara keseluruhannya, kajian tindakan ialah proses penambahbaikan yang dilakukan oleh pendidik di dalam bilik darjah untuk mempertingkatkan pemahaman pengetahuan pembelajaran dan pengajaran bilik darjah, mengubah kaedah pengajaran serta mengubah keadaan sesuatu amalan bilik darjah.


GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN KERANA:

1. Untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.

2. Untuk menghasilkan teori baru.

3. Untuk memudahkan kemajuan kemahiran-kemahiran berfikir bagi orang yang
mahir atau penyelidik.


REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Model : Model Kitaran Kajian Tindakan Lewin

Buku ini menerangkan tentang model yang digunakan untuk menjalankan kajian tindakan ialah kitaran yang dibangunkan oleh Lewin (1946, in Cohen et.al 2000). Antara kitaran yang digunakan oleh Lewin ialah :

• Merancang
• Bertindak
• Memerhati
• Merefleksi







MERANCANG





BERTINDAK






MEMERHATI






MEREFLEKSI




























KITARAN KAJIAN TINDAKAN

Merancang

Bermula dengan sebarang kajian selalu menjadi tahap atau peringkat yang sukar untuk dilakukan. Kunci kejayaan dalam melakukan permulaan yang positif adalah memberi tumpuan yang betul, dan di sekolah merupakan tempat atau bahagian yang mungkin menjadi bahan kajian tindakan yang berguna. Untuk Tas yang digunakan dalam kajian tindakan ia adalah penting yang mana tempat atau kawasan yang dikenalpasti untuk diperbaiki atau dipertingkatkan adalah satu bahagian di mana mereka boleh berubah dan merasa dimotivasi untuk melakukan perubahan tersebut. Kita mesti yakin bahawa masuk kepada sumber dan penyertaan yang relevan dan mempunyai idea untuk menyelesaikan masalah. Perancangan tindakan perlu dibuat dengan rapi supaya tindakan yang dilakukan di dalam kajian memberi kesan, iaitu dapat mengubah tingkah laku sosial semasa.

Senarai Semak untuk Memilih Tumpuan Kajian Tindakan

Jika kita terlibat dalam kajian tindakan kita merupakan pusat untuk berjaya dalam kajian ini. Terutamanya kita mampu untuk berubah, jadi projek itu mesti di bahagian yang anda boleh mendapat data atau akses dan bekerja. Berikut merupakan soalan penegasan atau penekanan yang boleh anda ambil.

1. Apa yang saya lihat sebagai masalah?

2. Apakah bukti atau keterangan yang boleh saya kumpul untuk menunjukan yang itu adalah satu masalah?

3. Apakah yang saya lihat sebagai kemungkinan penyelesaian masalah?

4. Bagaimana saya boleh terus atau penyelesaikan masalah?

5. Bagaimana saya dapat menilai hasilnya?

6. Apakah tindakan yang mesti saya ambil?

Tindakan, Pemerhatian, Tinjauan dan Refleksi

Bahagian ini dapat dilihat bagaimana kitaran keseluruhan kajian tindakan yang mungkin memberi kesan di dalam latihan. Apabila fokus atau pemerhatian kajian telah dibina, tahap seterusnya ialah membuat keputusan apakah jenis tindakan untuk dimulakan dan bagaimana data yang menhubungkan kepada tindakan-tindakan tersebut. Pengumpulan data sebagai contoh, mungkin melibatkan beberapa alat seperti temubual, pemerhatian, rakaman video dan analisis dokumen. Kunci utama dalam pemilihan alat-alat pengumpulan data ialah mesti sesuai dengan tujuan.

Tambahan lagi, mengkaji etika apabila melaksanakan projek kajian terutamanya apabila mengumpul data yang mungkin dikhususkan kepada penyertaan individu. Apabila kita telah bina pemerhatian kajian dan mula mempertimbangkan kaedah-kaedah pengumpulan data maka pada tahap ini kita dinasihatkan menulis sedikit cadangan kajian merangkumi rancangan masa kajian.


Pada peringkat perancangan perlulah menghindari perasaan bimbang. Cadangan perlulah meliputi:

Isi : tetapan dan panduan anda

Rasional : mengapa bahagian ini perlu dikaji

Rujukan

Cadangan kajian, kaedah-kaedah, praktikal, etika, idea kemungkinan dihasilkan

Rancanagan tindakan

Sampel / Participants

Persampelan merupakan strategi penyelidikan bilamana penyelidik boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang diambil melalui persampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji. Perwakilan ini dinamakan sampel. Biasanya sampel yang diambil di sekolah ialah pelajar sekolah.

Setting Kajian

Buku ini tidak menjelaskan setting kajian yang tepat yang digunakan dalam kajian tindakan tetapi hanya menyatakan untuk melakukan kajian tersebut perlulah di lihat kepada tempat yang sesuai untuk melakukan kajian tindakan.



PROSIDUR PENYELIDIKAN TINDAKAN

Cohen dan Manion (1994) mengutarakan lapan prosidur dalam proses kajian tindakan:

1. Mengenalpasti masalah

2. Menyediakan draf tindakan berdasarkan kepada perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat

3. Membuat tinjauan literature mengenai masalah yang dikaji

4. Membuat penyataan masalah atau hipotesis kajian

5. Memilih metodologi serta langkah-langkah kajian

6. Memilih prosedur-prosedur penilaian

7. Mengumpul data, membuat analisa serta memberi maklumbalas

8. Menginterpritasi data, membuat implikasi dan menilai


KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Banyak faktor yang mempengaruhi kaedah pengumpulan data. Aspek utama untuk membuat pertimbangan ialah kesesuaian maksud. Ia sangat praktikal dan mempertimbangkan etika tentang kaedah yang hendak digunakan. Ia meliputi masa, kos dan masalah mengakses. Tambahan pula ia penting untuk mentaksir takat tertentu untuk membentuk pengumpulan data adalah boleh dipercayai dan sahih.


Teknik Pengumpulan Data

1. Pemerhatian

Pemerhatian bukan hanya soal melihat terhadap sesuatu dan kemudian mencatatkan fakta-fakta itu. Pemerhatian merupakan kombinasi yang kompleks (penglihatan, bunyi, sentuhan, bau dan rasa) dan persepsi. Pemerhatian adalah lebih daripada hanya sekadar melihat. Ia adalah sistematik hampir kepada pandangan tindakan, merakam atau merekod tindakan-tindakan tersebut dan yang paling penting adalah menganalisis dan mentafsir apa yang telah dilihat. Ia merupakan elemen yang terakhir yang boleh menyebabkan kesukaran. Sebarang penafsiran kepada sesuatu situasi akan dipengaruhi oleh seseorang yang melakukan penafsiran dan analisis. Ini mungkin membawa kepada kesubjektifan dan bias kepada pengumpulan data. Dengan kata lain, ia adalah bahaya yang kita akan ‘lihat’ apa yang hendak kita lihat dan mentafsir apa yang kita lihat berdasarkan kepada kecenderungan kita, persepsi dan pengalaman lalu.

2. Spektrum pemerhatian (the observation spectrum)

Alat pengumpulan data selalu berada dalam lingkungan spektrum, meliputi kuantitatif yang lebih terbuka dan interpretivist dalam persekitaran.

3. Menggunakan jadual pemerhatian

Jadual pemerhatian dapat membantu pemerhatian dan analisis walaupun kita perlu mempertimbangkan persoalan utama kita tentang “apakah maklumat yang cuba kita ambil?” cara pemerhatian yang di rekod ialah perkara keutamaan diri. Kita mungkin menggunakan graf, carta, diagram atau kombinasi elemen-elemen yang berbeza.

4. Diari, jurnal dan catatan

Berguna untuk merekod pemerhatian, petunjuk utama dalam proses kajian, peristiwa-peristiwa penting atau perasaan kita mengenai kajian tersebut dan haluan yang perlu diambil

5. Sumber dokumentari

Kebanyakan projek pendidikan memerlukan penganalisaan keterangan dokumentari. Jenis keterangan yang biasa diperlukan untuk kajian tindakan berasaskan sekolah akan menjadi sebahagian besar catatan sebagai sumber cetak.

Instrumen Kajian

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat. Penyelidikan perlu menyediakan alat ukur yang sesuai dengan objektif sesuatu kajian. Di bawah merupakan contoh alat untuk pengumpulan data:

1. Soal selidik

Borang soal selidik mengandungi satu set soalan yang menyoal responden untuk dijawab dalam satu susunan yang ditentukan terlebih dahulu. Ia merupakan salah satu alat pengumpulan data yang paling disukai, dan selalu disalah ertikan bahawa ia mudah dibentuk dan disampaikan. Tetapi menurut Bell (1999) ia adalah sukar untuk menghasilkan soal selidik yang bagus dari apa yang dibayangkan. Soal selidik perlulah dibuat dengan jelas dari segi penerangan tentang kajian, objektif kajian, ayat-ayat yang jelas, persembahan yang menarik dan sebagainya.

2. Jenis-jenis soalan

Soalan terbuka tidak mempunyai jawapan tertentu dan jawapan yang meluas. Ia selalu dimulai dengan perkataan seperti ‘apa’, ‘di mana’, ‘kenapa’, ‘bila’ dan ‘bagaimana’. Soalan terbuka dapat menghasilkan data yang lebih terperinci tetapi ia sukar untuk dianalisis. Manakala soalan tertutup pula akan mendapat jawapan sperti ‘ya’, ‘tidak’, betul’ dan ‘salah’. Jawapan tersebut adalah terbatas seperti soalan aneka pilihan. Namun begitu ia mudah dianalisis.

3. Temubual

Temubual adalah lebih fleksibel bernbanding soal selidik, ia memberikan idea dan menyiasat respon, ia berpontensi untuk memberi maklumat yang lebih terperinci berbanding bentuk-bentuk pengumpulan data yang lain. Dalam pemerhatian, temubual mungkin lebih berstruktur atau semi struktur. Kita perlu menyediakan soalan yang hendak ditanya atau hanya segera mempunyai senarai yang kita henddak terokai.

4. Temubual Pelajar

Prinsip yang sama seperti di atas tetapi ia lebih mencabar untuk mengungkap persolan dalam cara yang betul dalam bahasa yang sesuai dengan umur.

5. Temubual berkumpulan

Ia berguna untuk menjimatkan masa dengan berusaha suasana sekolah yang sibuk sama adalah hendak menemu bual kanak-kanak atau orang orang dewasa. Walaupun begitu, apabila satu kumpulan dibentuk, jawapan mungkin dipengaruhi oleh kesesuaian latihan. Dan mesti dipertimbangkan untuk sebarang peranalisaan data. Dari sudut yang positif, temubual berkumpullan dapat membina banyak perbincangan dan menghasilkan respon yang meluas berbanding temubual secara individu.

6. Menggunakan peralatan audio-visual

Fotografi dan perakam audio boleh digunakan untuk mengambil keterangan atau bukti-bukti apabila mengumpul data. Perakam audio digunakan dalam penyediaan rakaman, temubual formal atau komunikasi tidak formal dengan individu atau kumpulan secara terperinci.


PENGANALISIS DATA

Menurut brown and Dowling analisis data adalah tahap mengakibatkan kebimbangan besar dan sedikit kemungkinan tahap untuk jadi eksplisit atau nyata. Satu pertimbangan melalui data quantitatif akan memandang kajian kompleks secara saksama daripada analisis statistik. Blaxter percaya bahawa jarang untuk mencari data yang sebenar-benarnya qualitative atau quantitative. Empat aktiviti yang perlu dianalisis iaitu:

• nama

• kumpulan

• hubungan

• paparan.

Penulis buku ini bercadang untuk mempertimbangkan aktiviti-aktiviti tersebut untuk menjelaskan bagaimana untuk membuat analisis projek kajian yang berskala kecil dengan berkesan, semua penyelidik perlu menimbangkan kepentingan, generalisability, kebolehpercayaan dan kesahan.

Mempamerkan data (displaying data)

Banyak cara untuk mempamerkan data bertujuan untuk membantu pentaksiran. Persembahan paparan visual bembenarkan carian pembaca untuk membentuk idea yang samar dengan lebih berkesan dari membaca hasilnya. Apabila memutuskan bagaimana untuk mempamerkan keputusan analisis adalah idea yang bagus untuk menyiasat kaedah yang dipilih kita sebelum menentukan untuk menggunanya.


ETIKA KAJIAN TINDAKAN

1. Memaklumkkan tempat kerja kita tentang tujuan kajian kita.

2. Memperolehi keizinan atau persetujuan dari sesiapa yang akan terlibat

3. Pertimbangkan kegunaan panduan etika untuk kajian: sebagai contoh: British Educational Research Association ( BERA)


KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN

Kebolehpercayaan kajian

Kebolehpercayaan ialah takat di mana satu ujian atau prosedur menghasilkan kesan yang serupa pada semua keadaan dan waktu. Dengan kata lain, kaedah pengumpulan data adalah boleh dipercayai, kita akan mengharapkan ia memberikan kesan yang serupa sama ada telah disukat hari ini, semalam atau esok.

Kesahan kajian

Kesahan lebih komplek sedikit daripada kebolehpercayaan sama ada dari segi alat pengumpulan data yang benar tujuan atau langkah-langkah mengambil data adalah benar.


PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU INI

Buku ini mengandungi enam bab iaitu mengenai pengenalan kajian tindakan, membuat kajian tindakan dan tinjauan, mengumpulan data, analisis data, menulis laporan dan menceritakan tentang faedah daripada kajian tindakan. Dalam membuat ulasan buku ini, saya hanya memfokuskan kepada perkara-perkara yang dikehendaki oleh Dr.Siti Fatimah bt Yassin.

Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan kepada guru-guru yang ingin membuat kajian tindakan. Ia mengandungi teknik pengumpulan data dan penganalisisan data yang lengkap serta cara bagaimana untuk melakukan kajian kepustakaan dan tinjauan. Selain itu, buku ini juga mempunyai cara menulis laporan yang betul. Manakala kelemahan buku ini pula ia tidak mengandungi maklumat yang lengkap berkenaan dengan prosedur kajian tindakan. Ia hanya menyebut secara tidak langsung sahaja.

0 comments: