CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, June 20, 2009

Analisis Data

Tarikh : 9/6/2009
Pensyarah : Pn. Nor Sakinah Mohamad

Analisis data ialah proses mengunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangan kesimpulan dan menyokong keputusan. Pastikan terdapat sekurang-kurangnya tiga atau lebih jenis data u untuk dianalisis.

Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis data. Cari pola, kategori, persamaan dan terangkan trend dan pertanyaan serta katalogkan pemerhatian kemudian bilang dan bandingkan serta buatlah anggaran.

Langkah menganalisis data kualitatif

Langkah pertama

-tengok secara lalu maklum balas
-ambil nota atas tema yang muncul, isu/ faktor yang kamu dengar
-cari item yang berulang dan penting

Langkah kedua

-pilih tiga atau empat tema dan kategori yang muncul dan bina matriks
-cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
-tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar ditepinya
-gunakan warna kod berbeza untuk setiap kategori yang berlainan

Langkah tiga

-jika boleh, bincangkan tinjauan dengan pendidik lain
-baca tinjauan (soal selidik) dan highlightkan kata kunci yang berkaitan dengan tema/ kategori yang telah dikenalpasti
-seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuian dalam carta matriks yang dibina

Langkah empat

-tanya (apa yang telah saya perolehi?)
-rekodkan pemerhatian pola yang muncul semasa kamu memerhatikan atau melihat matriks, contohnya:
a) pola konsep
b)pola sikap

-tulis/ rekodkan pemerhatian bawah matriks (bawah carta matriks) contohnya:

a) dua orang pelajar (siapa yang cakap banyak)
b) "takut" sentiasa disebut beberapa kali
-sokongan bacaan jurnal

Langkah kelima

-apa kesimpulan yang boleh kita buat
-rekod kesimpulan sama ada bawah matriks/ atas kertas yang berlainan

Langkah enam

-apakah langkah seterusnya yang boleh dibuat
a) tinjauan (soal selidik lain)
b) temubual /penilaian

-semak semula persoalan kajian
-bina modul / aktiviti
-jangan lupa rekodkan apa yang dibuat dalam matriks
-apakah maklumat yang masih diperlukan ?
a) pada pelajar
b) pada kaedah
c) maklumat latar belakang untuk tajuk ini.

Kegunaan data dalam Plan-Do-Study-Act cycle

1) Plan

- nilai dan ringkaskan kesemua data yang kita ada
-analisis dan kenalpasti tema utama
-kenalpasti seua data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikkan

2) Do

-kumpul data
-buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi.

3) Study

-analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan

4) Act

-kenalpasti soalan tambahan
-rancang untuk penambahbaikan berterusan


mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan.Kita mungkin tidak mendapat keputusan yang kita kehendaki, tetapi tidak perlulah dirisaukan. Dapatan kajian adalah bertujuan untuk memberi panduan dan memperbaiki pengajaran kita yang seterusnya.

Ringkasan untuk nota analisis data

-panduan untuk analisis data

  • reka bentuk pendekatan sistematik untuk menyimpan semua data
  • cuba faham, maklumat yang ingin disampaikan oleh data
  • cari tema dan pola
  • susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
  • masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari
  • baca dan baca data berulang kali
  • bina imej visual
  • tulis nota ringkas untuk diri sendiri
  • kongsi dapatan bersama rakan dan bincangkan, kerana perbincangan akan menimbulkan persoalan baru