CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, May 12, 2009

Nota Kuliah Ke-3

Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan

Konsep Perubahan Dalam Pendidikan


Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan kerana wujudnya ketidakpastian.Walaubagaimanapun ia hendaklah dielakkan kerana akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

Jenis-jenis Perubahan

Mengikut Dessler (1995) terdapat 4 jenis perubahan:
1-Perubahan ke arah peningkatan.
2-Perubahan strategik organisasi.
3-Perubahan reaktif
4-Perubahan akibat daripada jangkaan.

Perubahan adalah kompleks

Perubahan dikaitkan dengan proses Evolusi dan Revolusi.

Evolusi:
-Perubahan yang dihasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
-Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

Revolusi:
-Perubahan yang pantas.
-Perubahan yang akan maninggalkan kesan yang membinasakan.

Perubahan itu Multidimensi

Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan. Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenal pasti semua demensi yang berkaitan dengan perubahan.


Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:

1-Tujuan perubahan
2-Unit perubahan
3-Sifat perubahan
4-Magnitud perubahan
5-Skop perubahan
6-Jangkamasa perubahan

Model-model Perubahan

1-Model Penggabungan Roger
2-Model Kanter
3-Model Rand
4-Model Acot

0 comments: