CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 17, 2009

Kuliah ke-4

Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan ialah pengumpulan maklumat penyelidikan tentang permasalahan yang sedang dikaji. Kelazimannya, selepas sesuatu permasalahan dikenalpasti, maklumat tentang permasalahan tersebut diperlukan bagi meletakkannya dalam konteks yang betul. Dalam proses membuat kajian kepustakaan, seseorang penyelidik akan mengenalpasti apakah yang telah dipelajari oleh orang lain mengenai permasalahan yang serupa dengan permasalahan yang sedang dikaji. Oleh itu, kajian kepustakaan merupakan satu proses sistematik yang memerlukan penelitian dan kemahiran mencari, mengumpul, membaca serta merumus maklumat dengan terperinci.

Kepentingan Kajian Kepustakaan

1. Mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah penting
2. Membezakan apa yang telah dikaji dengan apa yang akan dikaji
3. Membuat sintesis ke arah perspektif berbeza
- Dapat membantu penyelidik mendapatkan fokus kepada isu hyang ingin dikaji
4. Menentuka makna dan hubungan
- Membuat adaptasi daripada makna dan hubungan dari kajian-kajian lepas yang berkaitan
5. Menyediakan konteks kepada permasalahan
6. Memperkuatkan signifikasi permasalahan

Sumber-sumber maklumat kajian kepustakaan

Pusat utama bagi mendapat maklumat untuk kajian tindakan dalam sesuatu penyelidikan ialah, perpustakaan akedemik sama ada di sekolah atau di institut pengajain tinggi. perpustakaan akedemik di pusat-pusat pengajian tinggi kebiasaannya mengandungi koleksi besar pelbagai jenis rujukan termasuklah buku, jurnal, indeks, bahan-bahan audio-visual dan perisian komputer.

Membandingkan dan Membezakan

- Iaitu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek dan peristiwa.

- Kemahiran ini digunakan apabila :

- Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan
- Membuat pilihan atau keputusan

Langkah Penggunaan

- Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur, pengumpulan data dan penganalisisan data).

Menganalisis

- Mengolah maklumat dan menghuraikannya kepadabentuk yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kaitan antara bahagian dan mengenali prinsip terlibat.

- Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.

Menilai

- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

- Kemahiran digunakan bagi membuat keputusan bagi :
i)memilih sesuatu
ii)menerima atau menolak idea.
Membuat kesimpulan

-Membuat penyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara .
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu dan meramal.


Mensintesis

- Tujuan untuk meramal dan menyokong pernyataan
-Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk esei atau lakaran

0 comments: